You are currently viewing Baru Dalam Facebook Ads? Tutorial Facebook Ads Untuk Pemula

Baru Dalam Facebook Ads? Tutorial Facebook Ads Untuk Pemula

Terlalu ramai usahawan di luar sana yang mencuba pelbagai cara untuk memajukan bisnes mereka tetapi mereka tidak mampu untuk teruskan kerana masalah marketing.

Mereka tidak tahu cara yang betul untuk “promote” produk/servis mereka.

Ramai juga antara kita yang iklankan produk di Facebook tanpa sebarang kos iklan, atas alasan tiada modal untuk buat iklan. Inilah dia tips Facebook ads untuk pemula.

Dengan Facebook Ads, usahawan seperti anda boleh iklankan produk, servis, event dan sebagainya kepada pengguna yang targeted.

Di sinilah letaknya kekuatan Facebook Ads. Iklan anda boleh disasarkan secara terus kepada mereka, sekaligus meningkatkan potensi untuk menghasilkan jualan berlipat-kali ganda berbanding medium iklan yang lain.

Sebelum kami terangkan lebih lanjut, pastikan anda mempunyai akaun Facebook page terlebih dahulu. Ini kerana Facebook Ads ini hanya boleh ‘run’ dalam Facebook Page sahaja bukan untuk Facebook Personal.

Tutorial Buat Iklan Facebook Ads.

1) Untuk bina iklan, tekan butang “Create” di sebelah atas untuk buat Ad.

Anda haruslah mempunyai page sendiri untuk memulakan iklan di Facebook.

Sekiranya anda belum ada Facebook page, tekan button “page” dan mulakan masukkan segala info dan jenis bisnes yang ingin dilakukan dengan betul. Jika sudah ada, terus tekan butang ‘Ad’. (lihat gambar di bawah)

Setup pertama untuk Facebook Ads

 

2) Pilih objektif “Messages” Boleh pilih mana-mana objektif yang anda inginkan, tapi kali ni saya akan terangkan menggunakan messages. (lihat gambar di bawah)

Facebook Ads Objective Yang Anda Perlu Pilih

3) Di bahagian “Campaign Name” masukan nama atau tarikh untuk memudahkan anda melihat tarikh bila iklan tersebut dihasilkan.

Tekan button “Continue”. (Lihat gambar di bawah)

Facebook Ads Campaign Setup

 

4) Campaign Budget Optimisation atau CBO pilih daily Budget dan letak nilai untuk sehari.  Selalunya untuk yang bermula nak buat iklan jangan lebih dari RM50 sehari.

Saya cadangkan letak dalam min RM10-RM30 sehari dulu. 

Jangan terus letak nilai tinggi pastikan iklan anda betul-betul ok barulah tinggikan budget.(lihat gambar di bawah)

Facebook Ads Campaign Setup

 

6) Klik “Create New Audience”

“Location” pastikan anda memilih people who live in this location. 

Di bahagian “Age” pilih umur audience (target customer) yang anda rasa sesuai dengan produk yang anda jual sekarang.

Sebagai contoh jika ingin menjual kasut sekolah, pilih golongan yang anda rasa akan membeli kasut ini semestinya ibu bapa dan juga orang dewasa yang mungkin akan membeli untuk adik atau diri mereka sendiri.  Di bahagian “Gender” pilih all.

“Languages” pilih malay sahaja. Di bahagian “Detailed Targeting” ada dua jenis iaitu INCLUDE dan EXCLUDE

Include bertujuan untuk memilih iklan sampai ke golongan mana, seperti orang yang suka shopping dia akan sentiasa search barang yang dia minat di FB, untuk target iklan kita sampai ke orang seperti ini masukkan shopping di bahagian detailed targeting.

Untuk target yang suka hiburan type entertainment.

Gunakan detailed targeting ini sebaiknya sebab anda tidak mahu target kepada orang yang salah.

Anda hanya perlu target kepada orang yang anda inginkan sahaja.

Exclude pula golongan yang anda tidak mahu terlibat langsung dalam iklan, jika dilihat pada gambar rajah di bawah saya exclude warga asing yang berada di malaysia kerana mereka selalunya akan membuatkan iklan kita mahal kerana ramai antara mereka yang sebenarnya tidak faham bahasa kita dan jika mereka komen pada iklan kita dengan bahasa alien mereka, kita pun tidak faham.

CPC (Cost Per Click) iklan kita menjadi mahal kerana mereka bukan pelanggan sebenar.

Setiap klik di iklan akan dikenakan charge harga berbeza. (lihat gambar di bawah)

Facebook Ads Ad Set Setup

Facebook Ads Ad Set Setup

 

7) “Placements” pula pilih “Automatic placement”.

Jika anda hanya ingin keluarkan kepada spesifik placement, anda boleh tekan “Manual Placement” dan set ikut anda sendiri.

Pilih Facebook Ads Placement Yang Betul

8) Pilih format layout untuk ads anda.

Untuk permulaan, pilih ‘single image or video’. (lihat gambar di bawah). Bahagian Media anda boleh masukkan image atau video sekiranya iklan anda dalam bentuk video. Tekan upload images dan pilih gambar yang sesuai untuk dijadikan iklan.

Facebook Ad Creative Yang Gempak

 

9) Ruangan “Text” haruslah diisi dengan Copywriting yang telah anda hasilkan. 

Copywriting haruslah menarik supaya audience tertarik untuk membeli.  (lihat gambar di bawah)

Facebook Ad Copywriting Yang Padu

 

10) Tekan “Confirm” setelah selesai, pastikan double check sebelum menekan untuk elak daripada in review terlalu lama.

Tempoh In review bergantung pada copywriting dan juga gambar yang anda gunakan. (lihat gambar di bawah)

Semoga apa yang anda pelajari hari ini menjadi hasil dan anda sentiasa perlu ingat, anda kena sentiasa pantau iklan anda. Bukan buat sekali terus lupakan. Bukan itu cara buat iklan online ini.

Mereka sediakan platform, anda perlu buat sesuatu dengan iklan anda.

Semoga berjaya.

Jika anda perlukan bantuan marketing, boleh klik sini.

Leave a Reply